'saya sayang ayah saya'
Bagi aku ayah aku adalah seorang insan yang terhebat di dunia. Kenapa aku cakap begini? Kerana dia telah menjalankan semua tugas dan tanggungjawabnya dengan baik.
Masih segar dalam ingatan aku, sewaktu kecik dahulu aku demam panas ibu pula kerja ayah lah yang kelam kabut mengendong aku ke klinik, ayah lah yang menjaga aku sampai ke siang tak tidur sebab risaukan aku sehingga la sekarang kalau aku sakit dia lah orang yang pertama akan membebel.. tapi dalam bebelan dia aku tahu dia sayangkan aku..Terima Kasih Ayah.
Boleh dikatakan aku memang anak ayah sebab aku lebih rapat dengan ayah. Kalau keluar pegi mana mana pon asyik berkepit dengan ayah sampaikan orang nak mengorat pon takut... hahaha.. pernah jugak orang cakap aku ni bini muda dia.. hahaha..
Actually ayah aku seorang anggota polis.. tahu2 saja la kan kalau polis muka mesti nak bengis je kan.. Semua orang (eh tak la semua) takut nak kawan ngan aku sebab muka bengis ayah.. Tapi sebengis2 mukanya dia memiliki hati yang lembut dan baik.. Cuma yang kenal rapat dengan aku je akan tahu bagaimana sifat ayah aku yang sebenar.
Dulu dulu kan masa aku darjah 3 kot kalau tak silap, rambut aku panjang sangat sampai takat pinggang, aku tak reti ikat ayah la yang balik time rehat semata-mata nak ikat rambut aku sebab masa tu ibu kerja shift pagi subuh2 dah pegi kerja. Ayah juga la yang hantar ambik aku ke sekolah. Then masa sekolah dulu ayah la yang iron semua baju sekolah aku.. Haaa... gile baik ayah aku ni.. Start dari mula sekolah sampai la form 5.. semua benda ayah nak buat..eh ibu pun buat tapi ayah memang suka manjakan kami berdua.. :)
Mesti korang cakap aku ni manja kan.. tapi semua menda ni dibuat tanpa aku pinta dan minta pun,tengok2 dah siap je tersedia.. sapa tak suka kan.. sweetnye ayah saya ni..
Bila aku dah habis sekolah, ini lah aku rasa waktu yang sukar sekali aku terima dalam hidup aku.. sebab aku tak pernah berjauhan dengan parents aku. Waktu di sana, suka duka semuanya saya kongsi dengan ibu dan ayah. Bila aku lemah semangat, ayahlah yang beri nasihat ayah la yang beri semangat ayah la yang beri sokongan.
Atas segala jasa dan pengorbanan ayah, walau perut ayah dah buncet, walau ayah tak sekacak dulu, walau ayah dah semakin tua,
Kakak tetap sayang ayah banyak sangat! Semoga Allah merahmati ayah selamanya.
Selamat Hari Bapa.
“He is my hero
He is my life
I love him so
Very-very much”