get up stand up!

walau aku senyum setiap hari bukan bermakna aku gembira selalu..
banyak dugaan yang sudah aku tempuhi sekarang.
aku sudah belajar untuk menerima kenyataan..
ya itu suatu perubahan yang berlaku dalam diri aku..
tak semua yang kita rancang itu akan kekal selamanya..
aku terima..
aku redha..
pasti ada hikmah di sebalik semua ini..
yang pasti hidup harus diteruskan..
masih jauh perjalanan hidup ini..
tak boleh disia-siakan..

aku harus kuat..
ya kuat untuk tempuhi semua ini..
semangat harus semangat!
yeah!!

:)

oyehh!


-__-
♥ this song.




nota hati.

hidup aku kosong
kadang kala ianya sunyi..
penuh dengan kebosanan..
salah siapa?
salahkan ibu dan ayah aku kerana tidak memberikan aku abang,kakak mahupun adik?
tidak tidak bukan salah mereka...
itu sudah TAKDIR hidupku..
aku harus terima..

sunyi..sepi..kosong
hidup aku sudah sebati dengan itu semua..
inilah nasibku..aku harus terima hakikat hidup sebagai anak tunggal..
aku tidak punyai ramai teman..
aku juga tak punya abang atau kakak yang bisa melindungi diriku..
aku pingin semua itu..SUNGGUH!
tiada sesiapa lagi di dunia ini yang aku punyai melainkan ibu dan ayahku..

jika mereka tiada musnahlah hidupku..gelap gelita..
mungkin orang bisa berkata teman,sahabat atau cinta akan sentiasa disisi...
tapi bagiku..adakah itu semua pasti??

mungkin ada dan mungkin juga tiada...
kita tidak tahu itu semua..
teman..sahabat..dan cinta..mereka itu datang dan pergi...harus diingat!
apa yang harus aku lakukan?
aku cuma mampu bersabar.. -.-
dan jangan terus berharap!

jiwa aku kosong..
hati aku berubah semakin hari semakin keras dek masalahku..
aku berubah menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri
aku tidak peduli hati dan perasaan orang lain..
i'm totally such a LOSER!
mungkin kerana itu mereka-mereka di sekelilingku pergi meninggalkan ku seorang demi seorang..
terima kasih.. -__-
aku tahu kalian semua bosan hidup bersamaku..
maafkan aku jika tindakan aku bisa membuatkan kalian terluka..

untuk kalian..
jika kamu benar-benar ikhlas..
bersabarlah dengan aku...
bertahanlah dengan sikapku...
belajarlah fahami jiwa kosong ku ini...
terimalah hidup bosanku ini..
tabahlah tempuhi dugaan dan masalah dalam hidupku ini..
itu hanya jika kamu mampu..
jika tidak..kamu sendiri tahu jawapannya bukan?

terima kasih kerana kalian masih mengambil berat tentang diriku...
akan aku sedaya upayaku bergembira  dan tertawa bersama kalian 
selagi masih ada ruang dan kesempatan ini...


i'm totally loser.
hidup hanya buat orang sedih,kecewa..
ouh...maafkan saya..
-.-